SASTERAWAN NEGARA : PEJUANG SASTERA NEGARA
Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera. Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai barisan Sasterawan Negara yang cukup hebat dalam menghasilkan pelbagai karya sastera sama ada puisi, cerpen, novel atau drama. Nama-nama seperti Keris Mas, A Samad Said, Baha Zain, Kemala, Siti Zainon Ismail dan ramai lagi sememangnya telah mencipta nama dalam bidang masing-masing sehingga meraih pelbagai anugerah dan pencapaian sepanjang berkecimpung dalam dunia kesusasteraan ini. Secara umumnya, seorang Sasterawan Negara merupakan penulis yang sangat berjasa dalam memajukan kesusasteraan sama ada melalui karya kreatif, kritikan, persembahan di pentas atau ceramah yang bersifat pendidikan sastera. Pengarang sastera dan kreatif tidak boleh berhenti dalam memperjuangkan sastera tanah air meskipun berdepan dengan banyak hambatan. Hakikatnya pengarang kreatif yang sekian lama bertarung hidup, sebenarnya tetap berkarya walaupun hanya samar-samar diingati, malah ramai yang kembali buat selama-la...