APAKAH MENGGUNAKAN TEORI-TEORI SASTERA BARAT SATU KESALAHAN?

 Assalamualaiku wbt. dan Salam sejahtera.



Perkongsian saya pada kali ini berkaitan dengan pemahaman pembacaan saya menerusi buku 'Teori-teori sastera barat dalam tangan sarjana Malaysia' yang ditulis oleh Mohd Affandi Hassan terhadap penggunaan teori-teori Barat dalam mengkritik hasil karya sastera tempatan.

Persoalan dominan yang dibincangkan dalam penulisan ini ialah 'Apakah Menggunakan Teori-teori Sastera Barat Satu Kesalahan?'

Teori-teori sastera barat digunakan oleh para kritikawan Malaysia dalam menilai hasil karya tempatan kerana kerangka pemikirannya tidak hanya berfokuskan kepada satu bentuk dasar sahaja. Penggunaan ideologi Barat telah lama menapak dalam dunia kesusasteraan Melayu sekaligus dijadikan aliran perdana. Bukti ini terserlah dengan jelas apabila karya sastera yang terhasil tampil sebagai corong yang memihak kepada pendekatan Barat. Kehebatan Barat dalam melahirkan kerangka pemikiran yang membataskan cara berfikir secara rasionalisme ini sering dibandingkan dengan pandangan orang Melayu yang digambarkan sebagai ketinggalan zaman. Rasionalisme yang dimaksudkan adalah cara berfikir yang mengutamakan logik atau penakulan dalam mencari sebab berlakunya sesuatu perkara. 

Menurut Mohd Affandi Hassan dalam penulisannya, Prof Muhammad Hj Salleh telah mengatakan yang teori-teori sastera Melayu belum ditulis secara sempurna, namun beliau boleh mengatakan teori-teori sastera Melayu adalah berlandaskan tauhid. Hal ini berkemungkinan beliau tidak mahu melibatkan agama islam semata-mata kerana karya kesusasteraan Melayu wujud sebelum kedatangan islam lagi. Menurut Prof Muhammad, beliau mengatakan bahawa penggunaan teori-teori Barat dalam menilai karya sastera Melayu adalah sebagai satu kesalahan kerana identiti bangsa kita tidak patut dinilai oleh ideologi kolonial. Akan tetapi, menurut Mohd Affandi Hassan mengatakan bahawa Prof Muhammad dan Prof Zawiah yang juga lantang bersuara dan mengkritik bahawa penggunaan teori-teori Barat adalah menjadi satu kesalahan ini bercanggah dengan perlakuan mereka dimana kedua-dua mereka ini adalah Panel Anugerah Sastera Melayu juga masih menggunakan pendekatan tersebut dalam menilai karya sastera Melayu. Hal ini sebenarnya yang menimbulkan persoalan oleh kebanyakkan sarjana sastera Melayu dan pencinta karya sastera Melayu bahawa "adakah menggunakan teori-teori sastera Barat ini adalah menjadi satu kesalahan untuk menilai hasil tulisan karya tempatan Malaysia?" 

Menurut Mohd Affandi Hassan beliau merumuskan bahawa tidaklah menjadi satu kesalahan teori-teori sastera barat digunakan oleh para kritikawan Malaysia untuk menilai sesebuah karya kesusasteraan Melayu kerana idea-idea daripada pandangan barat tidak dapat dinafikan bahawa ianya lebih maju berbanding dengan orang Melayu dan hal ini adalah sesuai dengan konsep sastera moden kita kini. Malahan ia juga turut menjadi dasar untuk menentukan sesebuah karya yang baik dan berkualiti. Akan tetapi, menurut perspektif Mohd Affandi Hassan dalam situasi yang khusus contohnya perkara yang melibatkan agama, penggunaan teori barat ini perlulah disaring terlebih dahulu supaya tidak bercanggah dengan pandangan alam Orang Melayu yang berteraskan kepada ajaran Tauhid.

Teori-teori sastera Barat dilihat oleh masyarakat Melayu bahawa ianya memberi makna dalam kehidupan mereka kerana menurut pandangan alam orang Melayu mereka menyakini bahawa pendekatan tersebut merupakan satu cara kerangka berfikir yang memperakukan tentang kebenaran berdasarkan kepada pengalaman dan pembuktian bukannya berasaskan kepada agama secara khususnya.


Popular posts from this blog

SASTERAWAN NEGARA : PEJUANG SASTERA NEGARA

ABDULLAH MUNSYI : BAPA KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

KRITIKAN FILEM : PULAU