KRITIKAN FILEM : PULAU


Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera.




 Filem Pulau diterbitkan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio dan diarah Euho.


Filem yang berpengaruh buruk kepada generasi muda! 


Filem "Pulau" merupakan sebuah filem genre seram yang dirancang bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac 2023. Filem ini menceritakan tentang sekumpulan lelaki dan wanita yang berkunjung ke sebuah pulau yang kemudiannya berdepan kejadian-kejadian mistik di pulau tersebut. Walau bagaimanapun, tercetus beberapa kontroversi yang ketara iaitu terdapatnya babak-babak dalam treler yang dikatakan mendedahkan adegan-adegan keterlaluan serta ketelanjangan separa baik pada watak lelaki dan perempuan yang beragama islam dan bukan beragama islam. Justeru itu, filem ini juga mengandungi adegan intim dan terdapat segelintir netizen yang mengklasifikasikan filem tersebut sebagai 'soft porn' yang dianggap keterlaluan dan bercanggah dengan nilai moral bagi filem. 

Filem ini akan memberi satu tanggapan buruk bagi mereka yang memandang agama islam sebagai agama yang bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kewujudan Allah SWT sebagai Pemilik Alam. Filem sebegini tidak seharusnya disiarkan untuk tatapan penonton kerana akan memberi impak yang cukup besar khususnya kepada generasi muda hari ini. Filem ini juga akan merosakkan minda dan akhlak anak-anak muda kerana telah didedahkan dengan unsur-unsur pornografi pada usia yang tidak sepatutnya. 

Industri perfileman juga merupakan manifestasi budaya yang digunakan untuk mendidik manusia. Malangnya, pengarah yang menghasilkan filem tempatan ini tidak mengambil peduli tentang aspek tersebut, sebaliknya pengarah lebih teruja dan berminat dengan unsur mistik yang menjadi tema kepada filem 'Pulau' ini dan ingin mengkormesialkan filemnya bagi mendapat pulangan yang lumayan sehingga anasir-anasir negatif diabaikan. Jelaslah bahawa, segelintir pengarah filem pada era kini tidak peka kepada permasalahan sosial dalam kalangan masyarakat. 

Filem yang berkualiti akan menyajikan contoh pengajaran dan nilai moral yang baik kepada penonton. Oleh itu, pengarah haruslah menerbitkan filem yang sesuai untuk tatapan umum dan saranan penonton yang menonton perlu dititikberatkan agar tidak memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat terutamanya yang masih dibawah umur. Seruan buat para penggiat seni, hidangkanlah karya yang menjaga sensitiviti budaya dan agama serta sarat dengan mesej yang baik kepada masyarakat. 

Pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) juga perlu telus dan teliti dalam melakukan proses penyuntingan dan menapis terlebih dahulu filem-filem yang bakal ditayangkan untuk tatapan umum mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. LPF perlu sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kelulusan terhadap sesebuah filem. 


Kritikan sosial dalam filem 'Pulau' 

• Memaparkan adegan intim dan berpelukan  

• Menayangkan aksi berbikini dan berpakaian menjolok mata 

• Bersentuhan antara watak lelaki dan perempuan yang beragama islam dan bukan beragama islam

Popular posts from this blog

SASTERAWAN NEGARA : PEJUANG SASTERA NEGARA

ABDULLAH MUNSYI : BAPA KESUSASTERAAN MELAYU MODEN