MANUSKRIP MELAYU : AKSARA-AKSARA YANG HIDUP
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
Perkongsian saya pada kali ini adalah berkenaan dengan intipati yang dimaksudkan oleh Profesor Madya Dr. Salmah Jan Noor Mohammad tentang aksara-aksara yang hidup dalam manuskrip Melayu melalui Berita RTM yang telah disiarkan secara langsung di ruangan platform Youtube
Aksara yang dimaksudkan dalam manuskrip Melayu ialah merujuk kepada huruf atau simbol. Walau bagaimanapun dalam erti yang dibawa daripada bahasa Sanskrit pula ialah aksara-aksara yang telah digabungkan perkataan-perkataannya adalah tidak dianggap mati dan binasa. Hal ini bermaksud, huruf-huruf yang terdapat pada manuskrip itu sentiasa hidup dan tidak mati.
Menjadi keseronokan kepada pembaca yang menelaah nashkah manuskrip ini apabila pengarang-pengarang manuskrip mengeluarkan aksara-aksara yang penuh dengan falsafah, pemikiran, mesej, dan panduan. Manuskrip Melayu masih boleh ditelaah dan dibaca oleh masyarakat kini kerana usaha penyalin yang menyalin manuskrip yang asal dan menerbitkan penulisan tersebut untuk dimanfaatkan kepada masyarakat. Selain itu, melalui penyelidikan dan juga telah diturunkan secara turun-temurun.
Aksara-aksara yang hidup ini boleh dijumpai dan diperoleh daripada pusat manuskrip, pusat dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka dan di Universiti Putra Malaysia iaitu di Muzium Warisan Melayu. Oleh itu, sehingga hari ini aksara-aksara tersebut tetap hidup dan tidak pernah mati.
